Thursday, June 19, 2008

Ayam Panggang Bermadu

Bahan-bahan
a. 1kg kepak ayam

b. 1 senduk besar minyak bijan

c. 2 senduk besar madu (kalau suka manis, tambahkan lagi )

d. sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)

e. sedikit garam secukup rasa

Cara memasak
a. Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata.

b. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....

Bila kelihatan sudah betul-betul masak, angkat dan hidangkan.

Cubalah, pasti menjilat jari.

Thursday, June 12, 2008

Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih

1 cawan udang basah (buang kulitnya)

1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)

1 cawan kacang peas

4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk

5 ulas bawang merah ]

1 pokok daun bawang (dihiris)

Garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili,

2. Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas.

3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.

4. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang.

5. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan.

6. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Sumber: Buku Pandai Memasak

Monday, June 9, 2008

Ayam Berempah 1977

Bahan-Bahan:
i . 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
ii . Garam secukup rasa
iii. 4 sudu besar minyak makan
iv. 1 cawan teh pati santan
v . Air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling:
i. 15 ulas bawang merah
ii. 5-6 batang lada merah
iii. 8 ulas bawang putih
iv. 2 cm kunyit hidup

Cara:
i. Satukkan bahan-bahan giling & garam.

ii. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam.

iii. Pijarkan minyak diatas api yang besar.

iv. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.

v. Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahandengan bertutup hingga empuk.

vi. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya.

vii. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja
*****************
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977
************************************

Tuesday, June 3, 2008

Ayam masak gulai tempoyak

Ayam Masak Gulai Tempoyak

Bahan-Bahan:
Ayam ½ ekor
15 biji cili padi(ikut rasa)
kunyit hidup ½ inci
garam secukup rasa
bawang kecil 1 biji
serai 2-3 batang
Tempoyak 2-3 sudu (ikut rasa-pekat atau tidak)

Cara:
1. Ayam dibasuh bersih dengan tepung dan asam jawa untuk menghilangkan bau.

2. Tumbuk kunyit, cili padi, garam, bawang kecil sehingga lumat dan masukkan serai (diketuk lagi baik) kemudian gaulkan bahan dengan tempoyak. Tempoyak yang sudah digaul dengan lada boleh diggaulkan bersama ayam dan dicamprkan 2- 3 gelas air.

3. Masak ayam dengan api sederhana sehingga naik minyaknya.

4. Tambahkan asam keping jika tidak cukup masam.tambah garam jika perlu.. selamat mencuba...

Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan dengan nasi putih dan ulam-ulaman..pada waktu tengahari atau malam.

Tambahan:
Bertambah sedap jika dipanaskan 1-2 kali lagi...kuah semakin pekat